Ahad, 10 April 2016

Kegunaan Seorang Lelaki

Salam untuk semua..

Mahukan anda tahu, apakah kegunaan seorang lelaki?

Jawapannya, anda boleh menggunakan beliau untuk men-start moto anda setiap pagi dan setiap hari...kihkihkih~

Nasib baik cek ada abang..huhu~

Hampeh betul skuter cek tu.. Dia boleh buat perangai setiap pagi... Dah la cek tak larat nak start manual... Larat pakai stater ja...hihi~

Tapi yg heran, waktu pagi time nk pi kja ja tak leh start..klu waktu nak pi pasar shopping bleh plak dia hidup... Ni mesti saja nak sabotaj cek ni...

Takpa...Nanti cek pi hantar jumpak doktor ya Cek Puteh oi..


K, bye..


Rabu, 13 Januari 2016

DIY #1

Salam untuk semua...

Hari ni nak cerita pasal DIY... Aku memang suka buat DIY...Selalunya aku akan search video2 dari youtube...kadang2 kat pinterest... Tapi kebanyakannya mat saleh punya video yang banyak buat DIY ni... dan idea2 diorang sangat kreatif...Aku akan buat DIY bila cuti hujung minggu je... Saja buat, bagi sel2 otak ni berjalan sikit kan... Baru la bertambah bijak gitewww~ (poyo)

Bulan lepas, aku sempat selongkar stor baju... (Kat rumah aku ada tempat longgok baju yang bergunung-ganang...Im seriousss), Then nampak seluar jeans yang dah tak dipakai... Ofkos kalau diorang (my family) nak pakai lagi tak kan la nak longgok kat sinunn kannn..Then tetiba rajin nak meng- oter kain, almaklumla, aku baru beli mesin jahit...Wohhhooooo~ (ok, over pulak, sorry)

Maka, aku pon oter seluar jeans tu jadi bag...terer dak??  well, tak de lah lawa mana pon bag tu... tapi jadi la, rasa puas jugak bila dapat menghasilkan sesuatu benda yang berguna dari 'sampah'...Secara tak langsung mengurangkan sampah kat muka bumi ni kan... Eh, cakap dah macam nak buat Kempen Selamatkan Bumi pulak...ehe...apa salahnya kan penduduk Bumi sekalian...

K, let see the jeans..



Err... Aku syak ni seluar abang aku... Masih putih bersih, Mati la kalau tiba2 dia cari, pastu dia cakap dia nak pakai lagi..
OMG!! Glurpp~

Dan hasilnya...



Tadaaa... Ok la kan...Aku buat design sendiri kot... Tak main aa celup2 design orang lain ... Ehe...

Kalau yang pandai tu, boleh la buat Backpack ke, Bag silang ke, hape ke..Sukati kau lah..Ada ku kisah..err

Kepada kaki2 DIY sekalian... Sila la teruskan usaha anda untuk men-DIY tu ye... Dan lagi bagus kalau anda kitar semula 'bahan buangan' di rumah anda...Ohsem!!!

K, bye..

xoxo

Rabu, 6 Januari 2016

Im Back!!!

Salam Untuk Semua..

Walla.. Im back !!!!
Baru hari ni free... sejak sekian lama, akhirnya dapat tulis kat sini balik... Banyak cerita yg nak ditulis.. tapi tak tahu pulak nak start cerita yg mana dulu..

Let me think first... hmm...
Well, I think better tak yah cerita lagi kot... sebab...lupa pulak nak cerita pasal apa2 pon..haha

Ehe...Actually I mula mengidap masalah ingatan semenjak accident masa bulan puasa yg lepas...Ya.. accident lagi...hahaha...Bunyi macam ngeri... tapi kelakar pun ada sebenarnya...hikhik..

K la... stop kat sini dulu... esok cerita lagi.. nak kena recall balik memori ni..hiiii~

xoxo

Sabtu, 6 Jun 2015

Tsunami Dalam Hati

Bismillah...

Start hari ni dah patut kena countdown dah...Oh, buat untuk kawen... No no no no~
Opkos pasal kerja... well, aku kan wokeholik tahap melampau punya... harus la cakap pasal kerja sepanjang tahun... bhahaaha.. uhuks~ eh terbatuk pulak.. ekius me...

Maka fasa ke-2 yakni fasa terakhir kerja2 khas aku untuk syarikat bakal tiba... pejam celik pejam celik... tinggal 9 hari lagi.. perghh.. dia punya tahap nebes tu mencurah-curah wa cakap lu...cam tsunami... bayangkan keputusan audit yang bakal dijalankan... kalau gagal, bukan saja aku yg menanggung azab... company aku pon boleh terjejas (eh, company aku ke??)...confirm2 kena tutup... no no no no~ doakan yang baik-baik saja ya...

Tapi.. bayangkan pulak kalau berjaya.. perghhh.. dia punya feeling tu cam pelangi pon ada... macam berbunga-bunga.. pastu boleh lah start perangai demand tahap melangit.. wah.. mula lah nak berangan tu... ishish...belum apa2 lagi dah lupa diri... no no no no~ (saja2 ja berangan... cek tak lupa diri aih)

Teringat 2 minggu lepas, time submit laporan manual syarikat kat Pegawai Kesihatan... aku pi sorang2 kot... last2 bila dia check... dia cakap "ok.. macam ni la ok... nah... sila turunkan tandatangan..." pergh, suruh aku sign tu yang tak leh blah tu... rasa cam aku ni tuan tanah kot... kikiki... lagi tak leh blah bila dia cakap " syarikat kamu mungkin antara yang pertama dapat lesen kesihatan di daerah ni (untuk produk jenis kilang aku buat)" pergh... dengar dia cakap camtu... terus rasa dalam hati ada taman!!! wangiiii!!!! (erk..motif cakap wangi???)

Hmm.. tapi tertekan pulak rasa bila dok asyik menunggu camni... rasa tercekik-cekik je perut ni...haha.. Ditambah pulak bila difikirkan oficemate tgh sarat mengandung...Jadi, aku lah yang kena gantikan tempat dia  pertengahan bulan ni...selama 2 bulan...Seriously...kerja2 dia tu dh la melibatkan nombor dan perkiraan... Bayangkan aku yang buta math ni kena buat kira-kira...pergh... memang tahap kura2 lah hasilnya nanti...waaa~

Ditambah lagi dengan isu GST... serious tak tahu camna nak rekod or claim or what? I have no idea about GST ... BLURRR~

Aku harap cik opismet bersalin lepas raya ye... (boleh ke buat permintaan camtu.. jahat!) ehe.. Aku nak raya dengan tenang weiiiii!!!




Isnin, 8 Disember 2014

Hujung Tahun Dah eh???

Bismillah..

Bercakap pasal bulan 12, mesti banyak orang dok sibuk nak buat kenduri kawen... semua pon nak kawen, yang dah kawen pon sibuk nak kawen jugak... opppsss! Tapi, aku???? ehe, malaih la nak kawen lagi... rrr...krik krik~

Oh, bercakap pasal kerja...huh~ ingat lagi pasal kerja tambahan tu, ingatkan aku dah terlepas...rupa2nya kena buat jugak...hampeh!!! sebenarnya ia berkaitan safety & health... kebetulan aku kan bidang yang sama, jadi bos aku beriya-iya benar menyogok nama aku pada mr. Manager... jadi aku jugak la nak kena settle semua masalah2 safety & health kat kilang aku ni (wah, kilang aku ke??)

Jadi, aku berjaya jugak la...(alhamdulillah)... berkat pertolongan kakitangan kerajaan tu jugak la, bagus betul diorang sanggup tolong aku...kadang2 pegawai tu wassap aku, update aku apa yang kena betulkan... alhamdulillah .. :-)

Fasa pertama kerja tambahan aku tu dah selesai, KKM pon dah mai audit, DOSH pon sudah... dan adalah jugak beberapa pembetulan yang aku kena buat...well, biasa la, aku kan tak dak pengalaman langsung buat kerja2 ni semua, ada pegawai kat kilang pon, langsung tak boleh harap...huh~

So, sekarang tengah nak mulakan Fasa ke-2 pulak...waaa~ banyaknya gheja cek!!!!

Oh, tak boleh cakap banyak dah... nak sambung buat gheja... bye..

P/S: Selamat Pengantin Baru pada yang nak kawen tu ye... :-)

Isnin, 20 Oktober 2014

Bertambah Usia

Assalamu'alaikum..

Sepatutnya dah balik rumah, tapi tiba-tiba hujan... masuk balik ofis, sambung online...bhaha, tak perlu bersusah-susah meredah hujan kot, lagi pon aku belum berlaki, sapa lah yang nak tunggu aku kat rumah aku tu selain dari baju-bajuku yang meminta-minta untuk dibasuh...haha (nampak sangat dah lama tak basuh baju... wek)

Minggu ni adalah minggu bertuah aku, selain dapat banyak claim cuti Public Holiday ditambah absent bhahaha, aku juga dapat rehat lebih sebab kerja yang dipertanggungjawab diatas kepala aku dah siap, dan semua bebanan telah ku serahkan semula pada pegawai yang sepatutnya (yang makan gaji buta tu... opsss), jadi, aku tak perlu susah2 lagi buat kerja orang lain.... yiiiiihaaaaaa!!!!!!

Oh ya, hari ni adalah Ulangtahun Kelahiran aku, selain gumbira sebab dapat doa dari  insan-insan lain, aku berharap sangat agar ibu aku sentiasa panjang umur dan sentiasa sihat, harap mak sentiasa mendoakan aku, kerana doamu adalah yang paling aku harapkan.. (amboi, ayattttt...hihi~)

Hmm...aku juga rasa bertuah dilahirkan di Bumi Malaysia dan datang dari Keturunan Melayu Islam... :)

Permintaan aku hari ni... semoga aku, ibu ayah, keluarga, sahabat serta kenalanku sentiasa dilindungi dan diberi hidayah oleh Allah....semoga kita semua dihimpunkan di Syurga Allah....aaamiiiin!