
Hati banyak peranannya pada manusia.Manusia dikombinasi dari tubuh badan, akal, nafsu, dan hati. Namun, ramai yang menganggap bahawa manusia dipimpin oleh AKAL sedangkan raja sebenar bagi diri manusia adalah ‘HATI’.
AKAL berperanan menyimpan PENGETAHUAN seterusnya menjadikan seseorang bertindak secara rasional dalam hidupnya. Walau demikian, manusia selalunya tidak melakukan sesuatu berdasarkan ilmu pengetahuannya. Pengetahuan tidak boleh mengawal sebarang tindakan manusia dan selalunya manusia BERTINDAK MENGIKUT kehendak HATInya dan gerak hatinya, lalu hati akan memberi jawapan samada mahu mengikut akal mahupun nafsunya..
Malah Allah juga ‘memandang’ manusia melalui isi HATI manusia itu sendiri. Firman Allah yang bermaksud:
HATI YANG BERSIH dan BERCAHAYA
Di dalamnya bagaikan ada sebuah lampu yang menerangi.Iinilah hati orang-orang yang beriman
HATI YANG HITAM dan SESAT
Adalah hati orang-orang yang ingkar
HATI YANG MENGGANTUNG
Yang melayang-layang antara keingkaran dan keimanan, merupakan hati munafik
HATI YANG BERMUKA DUA
HATI perlu DIJAGA serapinya agar bebas dari segala cela, noda dan dosa.
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan MATA HATI mereka sudah diselaputi KOTORAN DOSA dengan SEBAB perbuatan kufur dan MAKSIAT yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
"Kemudian selepas itu, HATI kamu menjadi KERAS seperti batu, bahkan LEBIH KERAS lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)
"Maka KECELAKAAN besarlah bagi orang yang KERAS membatu HATInya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam KESESATAN yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram HATI mereka dengan MENGINGATI ALLAH. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang TENTERAMLAH HATI manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)
Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham
- Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
- Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
- Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
- Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
- Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
- Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
- Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
- Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
- Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
- Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya
.
MATI HATI itu adalah kerana TIGA PERKARA iaitu :
- Hubbul dunia (kasihkan dunia)
- Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
- Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
HIDUP HATI itu juga kerana TIGA PERKARA iaitu :
- Zuhud dengan dunia
- Zikrullah
- Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah
P/S:
Lidahmu adalah penyambung dari hatimu, dan wajahmu adalah cerminan darinya. Pada wajahmu ditemukan apa yang ada di dalam hatimu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan