DAULAT TUANKU

Fakta Mengenai Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ( Al-Sultan Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah)
- Merupakan Sultan Kedah yang ke-27 (1958 hingga kini)
- Pernah menjadi Yang Dipertuan Agong yang ke-5 (1970-1975)
- Merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah Binti Tunku Mahmud.
- Menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.
- Pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar dan Pejabat Perbendaharaan Negeri pada tahun1955
- Bertemu jodoh dengan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah di Istana Seri Menanti pada tahun 1956.
- Merupakan Sultan Kedah ke-2 ditabalkan mengikut istiadat. Sultan sebelumnya ialah Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1805) yang juga berlansung di Balai Besar.
- Merupakan seorang Putera Raja yang berhemah tinggi, terkenal dengan pertuturan yang lemah lembut dan bersopan santun, amat mengambil berat hal ehwal agama dan rakyat jelata.
- Berangkat setiap hari ke Wisma Darul Aman (sebagai tanda keperihatinan kepada rakyat).
- Murah dengan senyuman dan teguran.
- Gemar bermain tenis, billiard, aktif bersukan, fotografi dan melancong.
- Mengelilingi dunia pada tahun 1963.
- Amat mencintai alam semulajadi.
DI SUATU KETIKA....di Majlis Jamuan di Kolej Sultan Abdul Hamid
Seorang Pengerusi PIBG bertanya kepada Tuanku Sultan mengenai santapan buat baginda di majlis tersebut. Lalu, Baginda bertitah " Beta suka makan apa yang rakyat makan". Oleh kerana Tuanku Sultan gemarkan Mee Abu dan Popia, maka Pengerusi tersebut membawa peniaga Mee Abu dan Popia untuk menghidangkan santapan kepada Baginda.....
******
Sumber : Wikipedia, Kosmo 13 Disember
Tiada ulasan:
Catat Ulasan