Aku bukannya kena penyakit tibi kat kaki...dan tibiku jugak tak penah kena penyakit kat kaki dia...PERCAYALAH !!!!!! Dan seriously ini bukan kisah penyakit TIBI lah...
Aku nak citer pasal rancangan kegemaran aku lately....
Dan calon-calonnya adalah....
FABULOUS CAKES (TLC)
Suka bangat tengok citer ni sebab sedap giler kek2 yg diorang buat....seriously memang design dia tak macam kek...pergh, memang mengancam nafsu makan lah kalau siapa tengok citer ni...memang fabulous la kek yg diorang buat...harga dia pon sedap gak la....maunya cecah RIBU RIBANNNN.... apapun, rancangan TIBI ni memang memberi inspirasi aku untuk makan makanan yang cantik dan sedap...:)
Yang ni pulak realiti tibi tentang Buddy, seorang pemilik kedai kek yang bercita-cita tinggi untuk merealisasikan impian setiap pelanggan2nya untuk mencipta pelbagai jenis bentuk kek.Antara kek terbaik yg dihasilkannya adalah kek kereta bumblebeee....ala transformer kuning tu....perghhhh, hebat gila kek tu....Dan rancangan ni mengingatkan aku supaya kuat berusaha kalau nak berjaya...macam Buddy, berkat usaha kuatnya,sekarang ni Buddy dah bukak kilang kek baru, dan dia jugak dah buat rancangan tv baru iaitu Kitchen Boss...caya la Buddy...yr very hardworking person!!!
CAKE BOSS (TLC)
Yang ni pulak realiti tibi tentang 2 adik beradik dalam menguruskan kedai cupcake milik mereka...Yang lucunya diorang ni suka gaduh...setiap masa dan setiap hari...tapi diorang tetap uruskan kedai diorang dengan terbaik...bila tengok kedai diorang, setiap masa penuh dengan pelanggan sampai berbaris kat tepi jalan kot...punya dasyat sambutan cupkek diorang...mesti sedapkan...diorang jugak ada ambil tempahan istimewa...antara hasil ciptaan diorang...
DC CUPCAKES (STARWORLD)
Ok, cukup untuk rancangan makanan, sebenarnya, Sebenarnya banyak lagi rancangan masakan yg aku tengok...antaranya Ultimate Cake Off, Nigella Bites, 5 Rencah 5 Rasa, Jamie at Home dan banyak lagi, tapi kalau nak citer memang tak larat lah.. aku memang suka rancangan masakan.. bukan apa, kalau aku tengok banyak2 rancangan masakan, perut aku mesti rasa lapar, dan secara tak langsung aku rasa nak makan....ia memang bagus untuk menggemukkan badan aku yg slim river ni....jadi pada yang kurus...sila lah tengok rancangan masakan bebanyak sikit yer!!!
Dan rancangan lain lagi yang aku tengok...
SAY YES TO THE DRESS (TLC)
Rancangan realiti tentang bakal pengantin dalam usaha mencari gaun pengantin yang sesuai untuk majlis perkahwinan....
TODDLERS & TIARAS
Rancangan realiti bakat kanak-kanak dalam misi mencari ratu cantik!!! OMG...bebudak tu comel sangat!!!!
CLEAN HOUSE (STYLE NETWORK)
Rancangan makeover rumah dari keadaan rumah yang bersepah yang amat bertukar menjadi rumah yang cantik
60 MINUTES MAKEOVER (ITV)
Rancangan ubahsuai rumah hanya dalam masa 60 minit...kekadang hairan jugak camna diorang leh makeover rumah cepat sangat...tapi tak hairanlah sebab team diorang ramai gak...hmmm, sebab tu capat kot.
JANE BY DESIGN (STAR WORLD)
Cerita drama tv tentang seorang pelajar yg bercita2 tinggi untuk menjadi seorang pereka terkenal sedangkan dia hanya seorang pelajar sekolah menengah dan dia bekerja pada masa yang sama..
ONE CAR TO FAR (DISCOVERY CHANNEL)
Kisah adventure 2 orang survivor Gary Humphrey (bekas tentera terlatih ) dan Bill Wu (drifter yang pakar memandu) yang dilepaskan ke sesuatu lokasi paling mencabar dengan hanya satu alat iaitu kereta pacuan 4 roda...bayangkan ada satu episod tu Billy terjatuh dalam gaung ais...pergh, seb baik dia pro dan boleh naik semula keatas...fuhh~ memang bes giler la gambar ni !!!
TANKED (APL)
Tentang 2 orang biras yang pakar akurium mencipta pelbagai rekabentuk akuarium mengikut kehendak pelanggan...memang kreatif sungguh diorang ni!!!
MY CAT FROM HELL (APL)
Jackson Galaxy seorang pakar kelakuan kucing dalam usaha merubah perangai kucing dari sikap ganas kepada kucing yang baik hati....Seriously dia bleh ubah perangai kucing tu...tak caya tengok la sendiri!!!
TO THE BEAUTIFUL YOU (ONE HD)
Drama Korea tentang seorang pelajar wanita yang sanggup menyamar menjadi lelaki dan tinggal di asrama lekaki hanya kerana obses dengan seorang atlet lompat tinggi !!!
OK...dah la...tak larat nak citer dah la...rasa macam banyak cakap pulak hari ni....nanti ada masa citer lagi pasal program tibi yang bes!!!
Pss : Mesti heran kan, camna aku boleh sempat tengok semua citer tu....besa la....rekod je...siap rekod bersiri lagi...guna Beyond...ngeeee~












Tiada ulasan:
Catat Ulasan