Ahad, 7 Oktober 2012

Siri Perasan Chef - Resipi Kek Batik

Ya....tetiba aku teringin nak makan KEK BATIK...jadi, aku pon feeling-feeling yang aku ni salah sorang peserta masterchef....yup, semangat itu dah datang !!!! Sila ke dapur sekarang jugak!!!! Serious la sikit, ingat aku tak pandai masak ker???? Aku cuma tak suka masak jerrr.... : P

Kek Batik ni senang je nak buat, anak menakan aku yang sulung pon leh buat, inikan pulak aku, anda, dan mereka semua...Malaysia Boleh!!!!
Oh, merepeknya aku...stopit!!!

Mari sediakan bahan-bahan untuk buat KEK BATIK !!!


BAHAN-BAHAN

1 paket biskut marie -lebih kurang 30 keping (sempat lagi kira ;-P )
1/2 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko (kalau guna coklat masakan pon boleh)
1/2 cawan gula (kalau x suka manis, boleh kurangkan sukatan terutama kepada penghidap diabetis...ini serius!!!!)
1/2 buku butter (marjerin pon boleh )
2 biji telur (basuh dulu dengan sabun, pastu jangan lupa bilas bersih !!!- itu pesan lecturer aku, maklumlah dia ajar food safety)
1/2 cawan air

CARA MEMBUAT :

1. Patah-patahkan biskut marie dan masukkan ke dalam bekas. Ketepikan. Kalau ada orang yang menyibuk kat sebelah time-time ni pon, suruh dia ketepi jugak. nyebok ja...!!!

2. Didihkan periuk menggunakan kaedah double boiling. Buka api sederhana. Kalau tak tau, double boiling tu ialah >> letakkan periuk besar sedikit, isi air, dan letakkan periuk lebih kecil  diatasnya...jangan letak air pulak dalam periuk yang atas tu ye...dan pastikan periuk atas tak bocor...

3. Masukkan milo, koko, gula, butter, telur, dan air (masukkan dan kacau satu-persatu). (time ni baru leh masuk air yerrr...)

4. Kacau hingga sebati.

5. Setelah mendidih, tuang adunan ke dalam bekas biskut marie yang telah dipatah-patahkan tadi.

6. Gaul sehingga rata.

7. Masukkan ke dalam loyang, hempapkan sehingga mampat dalam loyang. Biarkan loyang sejuk seketika. Sebab mak saya cakap >> " jangan masukkan apa2 benda yang panas dalam peti ais!!paham!!"..OK, saya anak yang solehah, jadi sila dengar cakap mak saya!!! Kalau mak anda pon pesan begitu maka sila biarkan ia sejuk dahulu....kalau tak mungkin kek anda takkan menjadi akibat durhaka pada mak!!! Jadi biarkan loyang sejuk seketika....
8. Masukkan dalam peti ais selama sejam...
9. Potong, dan sedia untuk dihidang...

Amacam??? senang kan???? Sila lah cuba...

Psss : gambar tak leh upload lagi sebab USB hilang entah kemana pulak tak tau la....nanti bila jumpa eden upload...SILALAH MAKAN KEK BATIK DENGAN SENYUMAN  :-)!!!! Oh Bismillah jangan lupa!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan