Jumaat, 14 Disember 2012

Doomsday !!! When???

Salam barokah buat mukminin & mukminat..

Sekarang ni kita dah sampai ke penghujung tahun 2012....Dan yang paling menyusutkan akal lagi ada jugak yang cakap kita di penghujung kehidupan MANUSIA !!!! WHAT !!!! What the SAL !!! I mean...apsal !!! (hehe...ayat ni lebih sopan kan...maapkan hamba terkasar bahasa tadi... : P)

Sana-sini dok soseh-soseh cakap pasal Kalender Kaum Maya lah, 

Yang kononnya hanya tercatat sehingga hujung tahun ni aje...well, sungguh aku tak paham camna nak pahamkan kalendar tu ! arggghhh !!! kepala pusing ~

Pasal pelanggaran antara planet lain dengan planet Bumi lah, 

Ok...opkos aku tak tau planet apa nak berlanggar dengan BUMI...maaf diatas ketidaktahuan aku ini ye...

Then, pasal perubahan landasan orbit lah, ....


Atau lebih dikenali sebagai ' Senario Planet X' ....sila jangan tanya pasal ni sebab aku pon tak tahu pasal senario itu....Senario kat TIBI 3 tu aku tau la...ala...yg ada Lan Pet Pet tu...

Pastu, pasal Bumi dah terlampau panas lah...dan akan meleTOP!!! Diulangi meleTOP!!!


OK..memang betul pon BUMI dah semakin panas kannn...but pasal meleTOP tu slow sikit ye nyebutnya...seremmmm~

Dan yang lagi terbaru ada yang cakap BUMI akan bergelap selama beberapa hari bermula pada 22 hb ni...errr....no komen.



Hello...tak ngerti lagi ker.....I'M TALKING ABOUT DOOMSDAY!!!!! OR KIAMAT!!!!

Yaaa...famous betul citer doomsday sekarang ni...

Lantaran itu, febret TV Dokumentari yg paling aku minati (National Geographic) pon turut buat citer pasal ni...such as..

Ayat opening tu aku suka...well fashion tak dapat dipisahkan dengan wanita...haha..kelas kau maria...eh silap...nama dia Megan la..
Tapi...mula-mula aku tengok iklan Doomsday Prepers ni, aku ingatkan diorang tengah nak wat persiapan tuk   halau serangga perosak rumah ke hapa ke? Pastu diorang nak sembur gas beracun ke? sebab tu kot diorang pakai topeng tu kan... rupa-rupanya diorang buat persediaan tuk hari-hari bencana...lahhh...jahilnya daku...Macam2 episod ada..ada wat persediaan untuk hadapi peperangan la, masalah ekonomi la, masalah bencana alam la, masalah rusuhan dunia la, dan yang paling dasyat...ada yang buat persediaan untuk hadapi KIAMAT!! Siap buat kubu pertahanan lagi tu!!! uhhh~

Dan terbaru diorang ada buat episod khas bertajuk End of the World...kalau x silap aku la...dan aku tak sempat tengok  episod tu..aaa... rugi aaa...

Ah, omputih ni macam-macam la...kadang-kadang aku rasa diorang ni macam dah terpengaruh dengan khayalan imaginasi dan karya-karya filem Barat la...Padahal diorang sendiri yang buat filem2 camtu!!! tu la...banyak sangat tengok tibi la diorang ni...

Tapi, kalau bab persediaan untuk bencana yg biasa-biasa tu kira ok la kan...but kalau prepper untuk hadapi kiamat...memang tak aaa..!

OK...ini SERIUSSSSS!!!

Mula-mula mari kita bayangkan keadaan sebenar tentang KIAMAT !!

Rasullullah S.A.W. pernah bersabda :

" Barangsiapa yang mahu melihat gambaran hari kiamat seolah-olah ia melihat dengan matanya sendiri, maka bacalah (surah-surah) : (Apabila matahari digulung) dan (Apabila langit terbelah) dan (Apabila langit berkecai) ".
- Riwayat Imam Ahmad dan at-Tarmizi


Ketiga-tiga ayat yg dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di atas ialah Surah At-Takwir, Al-Infitar dan Al-Insyiqaq..

Apa lagi...sila semak quran kat lam bilik anda tu yer...jangan buat hiasan aje...ksian kat dia....kalau tak dak, cepat pi beli sekarang!!! lagi bagus kalau beli Quran beserta tafsir...lagi senang paham...Ada paham adik manissss~

Di dalam surah At-Takwir, Allah S.W.T menyatakan bahawa pada HARI KIAMAT matahari yang gagah di langit akan digulung. Bintang-bintang akan jatuh berguguran. Gunung-ganang yang nampak gagah hancur berkecai. Allah juga menyatakan bahawa laut yang luas akan menjadi panas meluap-luap.

Dalam Surah Al-Infitar pula Allah menambah lagi penjelasan tentang fenomena kiamat dengan menyatakan akan terbelah dan terburainya langit dan kemudian BUMI akan memuntahkan apa yang dikandungnya.

Begitu juga didalam Surah Al-Insyiqaq. Allah menjelaskan sekali lagi bahawa langit akan terbelah, manakala BUMI akan menjadi RATA akibat kehancuran gunung-ganang dan bukit-bukau.

Ohhhh~ aku rasa aku cukup berimaginasi untuk bayangkan semua tu...dan dimana pulak aku masa tu...tak siapa pon dapat selamatkan diri...You think so??? Then, bergunakah kubu-kubu pertahanan itu???

Dan masa tu jugak, barulah seluruh manusia akan berfikiran waras secara 100%...Maksud aku, kita semua akan betul-betul sedar bahawa ALLAH itu BENAR !!! ALLAH itu MAHA KUASA !!!! Dan kita pon akan memohon untuk balik ke DUNIA !!! Kita berjanji untuk tebus semua DOSA !!! Menjadi hamba yang PALING TAAT !!!

Malangnya, waktu itu, PINTU TAUBAT telah tertutup serapat-rapatnya...Takkan mungkin dibuka semula.....T_T

Jadi, tak payahlah kita kisahkan BILA kiamat akan tiba...Itu semua rahsia ALLAH !!! Yang penting, kita kena bersedia...bukan dari peralatan-peralatan canggih dunia yang tak sehebat mana pon....tapi dengan IMAN, TAQWA, AMAL SOLEH...YAKIN pada ALLAH bahawasanya TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH...HANYA ALLAH TUHANKU !!! HANYA ALLAH TUHANKU !!!

Marilah kita sama-sama menyesal sekarang daripada menyesal di hari kiamat!!!

P/S : Jangan lupa banyakkan berselawat keatas Nabi kita.... kerana dia (Nabi Muhammad) akan berusaha sehabis daya untuk memberatkan TIMBANGAN PAHALA kita....supaya kita kekal ke SYURGA....SOLLALLAHU A'LA MUHAMMMAD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan