Sabtu, 22 Februari 2014

Bicara Cinta Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Menghadirkan Rasa Cinta...


“Manusia menjadi hampir dengan Daku apabila dia melakukan perbuatan yang Daku sukai iaitu amalan fardhu yang diperintahkan kepadanya. Dia kemudian terus berusaha mendekatkan dirinya dengan-Ku dengan melakukan amalan sunat, sehingga Daku mencintainya. Apabila Daku mencintainya, maka Daku menjadi pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar. Daku juga menjadi penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangan yang dia gunakan untuk memegang dan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Apabila dia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Daku kabulkan. Apabila dia memohon perlindungan, pasti Daku memberikan perlindungan kepadanya”. 
 Hadis Riwayat Bukhari                                
                              

Rasullullah S.A.W bersabda :

“Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya.”

Hadis Riwayat Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya..



P/S : Allah...Kau lah cintaku...satu-satunya yang Maha Abadi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan