Isnin, 12 Mei 2014

Kegemaran Rasulullah

Dengan Nama Allah yang Maha Mencintai

Selawat dan Salam buat junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W.

Marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah Nabi kita S.A.W.
Semoga kita beroleh syafaat sebanyak-banyak yang mungkin di padang masyar nanti...aminnn

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi saw bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin - Buah dari syurga.Boleh mengubati buasir.
4. Anggur - Nabi S.A.W. suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, dan membersihkan perut.
5. Madu - Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, dan ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, dan membuang kahak. Elok diminum di waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (segala jenis) - Nabi S.A.W. bersabda wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karekter dan wajahnya.
7. Susu - Nabi S.A.W. bersabda, susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, dan membuang kelupaan.
8. Cendawan - baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun - Rawatan kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.
10. Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka - Nabi S.A.W. selalu meminum cuka dengan minyak zaitun (trend yang popular di restoran Itali).
12. Air - Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk kerana mudah mendapat penyakit pada hati.

Wallahu a'lam
~ Sollu a'la Rasulillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan