Isnin, 20 Oktober 2014

Bertambah Usia

Assalamu'alaikum..

Sepatutnya dah balik rumah, tapi tiba-tiba hujan... masuk balik ofis, sambung online...bhaha, tak perlu bersusah-susah meredah hujan kot, lagi pon aku belum berlaki, sapa lah yang nak tunggu aku kat rumah aku tu selain dari baju-bajuku yang meminta-minta untuk dibasuh...haha (nampak sangat dah lama tak basuh baju... wek)

Minggu ni adalah minggu bertuah aku, selain dapat banyak claim cuti Public Holiday ditambah absent bhahaha, aku juga dapat rehat lebih sebab kerja yang dipertanggungjawab diatas kepala aku dah siap, dan semua bebanan telah ku serahkan semula pada pegawai yang sepatutnya (yang makan gaji buta tu... opsss), jadi, aku tak perlu susah2 lagi buat kerja orang lain.... yiiiiihaaaaaa!!!!!!

Oh ya, hari ni adalah Ulangtahun Kelahiran aku, selain gumbira sebab dapat doa dari  insan-insan lain, aku berharap sangat agar ibu aku sentiasa panjang umur dan sentiasa sihat, harap mak sentiasa mendoakan aku, kerana doamu adalah yang paling aku harapkan.. (amboi, ayattttt...hihi~)

Hmm...aku juga rasa bertuah dilahirkan di Bumi Malaysia dan datang dari Keturunan Melayu Islam... :)

Permintaan aku hari ni... semoga aku, ibu ayah, keluarga, sahabat serta kenalanku sentiasa dilindungi dan diberi hidayah oleh Allah....semoga kita semua dihimpunkan di Syurga Allah....aaamiiiin!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan