Isnin, 8 Disember 2014

Hujung Tahun Dah eh???

Bismillah..

Bercakap pasal bulan 12, mesti banyak orang dok sibuk nak buat kenduri kawen... semua pon nak kawen, yang dah kawen pon sibuk nak kawen jugak... opppsss! Tapi, aku???? ehe, malaih la nak kawen lagi... rrr...krik krik~

Oh, bercakap pasal kerja...huh~ ingat lagi pasal kerja tambahan tu, ingatkan aku dah terlepas...rupa2nya kena buat jugak...hampeh!!! sebenarnya ia berkaitan safety & health... kebetulan aku kan bidang yang sama, jadi bos aku beriya-iya benar menyogok nama aku pada mr. Manager... jadi aku jugak la nak kena settle semua masalah2 safety & health kat kilang aku ni (wah, kilang aku ke??)

Jadi, aku berjaya jugak la...(alhamdulillah)... berkat pertolongan kakitangan kerajaan tu jugak la, bagus betul diorang sanggup tolong aku...kadang2 pegawai tu wassap aku, update aku apa yang kena betulkan... alhamdulillah .. :-)

Fasa pertama kerja tambahan aku tu dah selesai, KKM pon dah mai audit, DOSH pon sudah... dan adalah jugak beberapa pembetulan yang aku kena buat...well, biasa la, aku kan tak dak pengalaman langsung buat kerja2 ni semua, ada pegawai kat kilang pon, langsung tak boleh harap...huh~

So, sekarang tengah nak mulakan Fasa ke-2 pulak...waaa~ banyaknya gheja cek!!!!

Oh, tak boleh cakap banyak dah... nak sambung buat gheja... bye..

P/S: Selamat Pengantin Baru pada yang nak kawen tu ye... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan