Isnin, 9 Mei 2011

Diari 4- Kes Leptospirosis

27/4/2010

1 kes Leptospirosis telah dikenalpasti dan dilaporkan dari sebuah hospital...lalu, aku ditugaskan untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai latar belakang pesakit untuk mengetahui puncanya........
Cewwah!!!!! cam detektif Conan la pulak kan....haha :)

Aku dibawa ke hospital oleh I.K Faizal untuk menyoal siasat mangsa dengan lebih lanjut bagi mengetahui puncanya...

Antara soalan spontan yg mustahak untuk ditanya adalah seperti
  • Simptom pertama yg dirasa????
  • Kerja apa???
  • Apakah aktiviti terahir yg dilakukan sebelum jatuh sakit?
  • Ada bela haiwan ker????
  • Pernah berlaku banjir ker di kawasan kediaman?
  • Adakah sesiapa selain mangsa yg turut merasai simptom yg sama seperti mangsa????
  • dan lain-lain.....ehe~
Setelah disoal siasat, mangsa disyaki dijangkiti leptospira akibat dari aktiviti kerja yg dilakukan iaitu kerja di ladang kelapa sawit.....

selanjutnya...kami perlu menunggu keputusan ujian darah bagi mendapatkan pengesahan samada mangsa positif atau negatif......

Akhir sekali, penyimpanan rekod kes pon dilakukan....

Pssss: Jangan biarkan hidup anda diselubungi 'Kencing Tikus'....seremmmmmmnye~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan